Thursday 19 March 2009

emo alert....

oh oh...aku agak emo sket hari ni... so... entry hari ni agak panjang dari biasa

tadi sambil2 lipat baju, aku tengok tv, dok scroll2 channel astro tu tertengok la citer oprah kat hallmark.. yang menarik perhatian aku adalah topik yang dibincangkan...

topiknye??

perbualan yang mana2 parent pun, kalo boleh cuba elakkan... perbualan yang akan menjadi detik yang tak akan dilupakan oleh anak sampai bila2... - iaitu apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai...

aku baru perasan, dalam dunia realiti ni, takde mak ayah akan duduk bersama depan anak2 time diorg nak sampaikan berita diorg akan berpisah... diorg biasanya terlalu tenggelam dalam dunia permasalahan diorg sampaikan diorg mcm lupa diorg ada anak... in the end cuma sorg jer akan cakap, sama ada mak atau ayah akan bg tau, diorg akan bercerai...

masing2 terlalu sibuk melayan perasaan sendiri... marah, sedih, keliru... habis... anak2??
aku anak ke-2, tapi aku sorg jer pompuan, aku lebih berperanan sebagai anak sulung sbb abg aku lebih byk menghabiskan masa membesar di luar rumah berbanding aku... aku yg menjaga rumah dan adik2 sehingga aku tamat SPM dan dapat masuk Uni...

tanpa disedari...kebanyakan anak akan salahkan diri diorg sendiri kalau mak ayah berpisah... aku tak terkecuali dalam hal ni... tambahan pula perpisahan tu berlaku depan mata... secara tak langsung ia terpahat dalam ingatanku... selama bertahun aku menjadi saksi ikatan keluargaku yang semakin rapuh...

sejak aku masuk asasi, aku sangka aku dh bersedia untuk terima sekiranya keluargaku akhirnya berpecah... aku sangka aku dah cukup kuat... tp biler betul2 berlaku, kesayuan yang aku rasa masa tu tak dapat digambarkan... dunia mmg terasa betul2 gelap... aku betul2 terseksa... ayahku menyalahkanku.. justeru aku juga menyalahkan diriku... aku anggap kasih sayangku menjadi punca keluarga kami porak peranda..

tahun pertama perpisahan adalah tahun yang paling sukar... hidup aku dan adik2 sgt terumbang ambing... aku abaikan pelajaranku sedangkan aku berada di tahun akhir uni... biler aku tgk result 1st semester aku drop below png 2.0, aku takde perasaan langsung... aku tak ceritakan pada sesiapa, dan aku sendiri tak ingat mcm mana sikapku terhadap member2 serumah ketika tu... adakah aku bersikap seperti biasa, atau aku lebih banyak menyendiri ibarat mayat hidup... tahun tu mcm lenyap dari memoriku...

tapi di hujungnya, masih ada sinar harapan... sinar yg menyelamatkan aku... aku tak ingat bagaimana ia bermula... cuma yang aku ingat, masa tu aku dan dia berada di balkoni... dia menegur sesuatu pada diriku... tegurannya ibarat kunci yang membuka rantai hatiku... dan segala yang terbuku, tersimpan dalam hatiku ini terluah bagai empangan pecah... segala keperitan, kesedihan dan kepahitan yang terpendam, segalanya... biler aku fikirkan balik... aku juga agak terkejut sbb aku bukanlah jenis yang akan menangis teresak-esak dan meluahkan perasaan...

satu perkara yang aku tak boleh lupa, dia kata masa kami jumpa, dia tgk aku dah berubah, di mataku tersirat kesedihan yang sgt mendalam, cahaya keriangan yang dia lihat sewaktu kami masih tinggal bersama dulu dah takde dalam mataku... kesedihan dalam mataku amat menusuk hatinya...

aku kenang2 kembali... aku tak pernah rasa segembira itu bile kene marah dengan dia sbb sikap bodoh aku yg memusnahkan diri sendiri... aku gembira, ada juga seorang insan yg sedar aku wujud... seorang yg ambil berat akan diriku... seorang yang boleh aku jadikan tempat bergantung...

sejak tu, aku belajar untuk membuka hatiku... aku selalu meluahkan perasaanku pada dia baik ketika aku gembira mahupun sedih... aku anggap dia seperti kakak kandungku sendiri... dan aku rasa lebih lega, lebih ringan, seperti beban ini berkurangan...

aku tak nafikan, kesannya tidak akan hilang, ianya akan sentiasa ada di situ, aku juga masih menangis sekali sekala bila teringat kembali... seperti sekarang... tetapi sekurang-kurangnya aku tau aku dh jd lebih positif dalam menempuh hidup ni... sbb aku tau aku bukan berseorangan...

jd biler aku tengok bagaimana kaunselor dalam citer oprah tu menjelaskan cara yg terbaik menangani perkara sebegini, aku mmg setuju sgt2...

1) mak ayah kene berada dalam keadaan tenang dan duduk bersama sebelum bg tau anak2 diorg akan bercerai...
2) cubasampaikan dalam masa 45 saat - maknanya terangkan kat anak2 diorg bukan punca perceraian tu, mak ayah akan tetap syg anak2 dia, n diorg sentiasa bersedia tuk berbincang.
3) praktik ape yg nak dicakapkan...

mak ayah selalu anggap anak2 masih kecil dan tidak tahu apa2.. itulah kesilapan mereka yang paling besar... kerana mereka tidak akan sedar kesannya terhadap psikologi anak2 sehinggalah tahun2 mendatang... apabila anak lebih cenderung memusnahkan diri sendiri dari cuba atasinya...

dalam hal ni, aku rasa bertuah ditemukan dgn dia... dan aku cuba sedaya upaya menerapkan sikap ini pada diri adik2ku... aku selalu cakap dgn diorg, kalau ada apa2, luahkan, jgn pendam, aku akan ada kat situ tuk mendengar, tuk bagi nasihat... kalau tak nak luah kat aku pun takpe, cari kawan yg baik tuk jadi sahabat... cukuplah aku sorg jer yg cuba buat perkara bodoh sebegitu... aku tak boleh imagine adik2 ku buat perkara yang sama...

alhamdulillah, 6 tahun sudah berlalu... hubungan antara mama & papa dgn anak2 masih utuh, walaupun masing2 membawa haluan sendiri... ayahku semakin tenang bersama ibu tiriku, aku bersyukur papa mendapat seorang isteri yang baik yg sudi menerima kami seadanya.. aku berdoa agar mama pun gembira dgn hidupnya.. aku cuma harap mama ditemukan dgn seorang lelaki yg menyayanginya sepenuh hati dan boleh hidup bersama hingga ke akhirnya...

sekarang ni, sekali sekala bila aku tengok parut yang tinggal, aku hanya mengusapnya... sakitnya masih terasa... tetapi ia tidak lagi sesakit dahulu...

oh oh...sungguh emo hari ini... tisu tisu...

P/s: for my beloved sis... thank you so much... u saved me.. u rescued me... im sorry for being such a burden to u... i can't tell u how much i appreciate all those time u spent listening to me... i can only pray that may Allah bless u and ur whole family...

thank you
thank you
thank you...

1 comment:

  1. U got 2 sis.. They love U sooo much.. Both of them.. :)

    ReplyDelete

Bouncing Star With Cool SunglassesBouncing Star With Cool Sunglasses
Free Orbit Hot Cursors at www.totallyfreecursors.com