Wednesday 8 July 2015

selamat datang ke blog saya

selamat datang ke blog saya.

selamat datang ke blog saya

ini merupakan blog peribadi saya.
saya adalah guru TMK kelas 5 Kreatif.

Wednesday 29 October 2014

CONTOH PANGKALAN DATA

Selama 3 hari kursus PLUG di SK Alam Damai banyak mengajar diri ini tentang internet, rangkaian dan pangkalan data.

Ini merupakan contoh pangkalan data yang telah dibina menggunakan aplikasi Microsoft Access 2010



KELEBIHAN & KEKURANGAN PANGKALAN DATA

Selamat bertemu kembali...

Entri ini berfokuskan kepada kelebihan dan kelemahan pangkalan data..

Anda boleh download powerpoint di bawah untuk mengetahuinya. cantik la sikit sebab ada animasi... hehehe


PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

Definisi Pangkalan Data
Pangkalan Data ditakrifkan sebagai "koleksi data yang saling berkaitan yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan maklumat bagi sesuatu organisasi.

Senario Penggunaan Pangkalan Data 


Bank
Proses pembukaan akaun baru di bank memerlukan kita untuk memenuhkan borang mengenai maklumat peribadi dan maklumat akaun. Maklumat tersebut akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan akan digunakan kembali sekiranya ingin berurusan dengan bank seperti pengeluaran wang ataupun deposit wang.

Pasar Raya
Penggunaan pembaca kod bar untuk mengesan harga sesuatu barangan. Semua capaian harga barangan akan dicapai daripada sistem pangkalan data.

Penggunaan Istilah
Data

Data adalah fakta asas mengenai manusia, tempat, peristiwa atau konsep. Ia tidak memberikan sebarang makna apabila digunakan besendirian.

Maklumat
Maklumat adalah data yang telah diproses dan memberikan makna kepada pengguna. 

Entiti
Entiti merupakan sesuatu objek yang wujud dan ia boleh dibezakan daripada objek-objek yang lain. Entiti boleh terdiri daripada orang, objek, konsep, tempat, peristiwa atau kejadian.

Contoh-contoh entiti :

Orang: pelajar, pekerja
Tempat :bilik, bangunan
Objek :buku, barang


Atribut
Atribut merupakan penerangan atau ciri-ciri sesuatu entiti. Sebagai contoh atribut bagi seorang pekerja adalah Nama, NoKadPengenalan, Alamat dan lain -lain.
Atribut nama : Nama, NoKadPengenalan
Atribut nilai : Sue, 912567-57-1234


Rekod
Rekod merupakan gabungan atribut yang berkaitan. Sesuatu rekod akan menerangkan sesuatu seperti data seseorang, data peristiwa atau data bagi objek.

Jadual
Jadual adalah gabungan rekod yang sama dan terdiri daripada lajur dan baris. Lajur merupakan atribut dan baris pula merupakan rekod-rekod.

Tuesday 28 October 2014

DUNIA PANGKALAN DATA

Sebelum kita bercerita tentang pangkalan data, 
mari kita lihat dulu sistem fail zaman dulu-dulu... 


Sistem Berasaskan Fail Tradisional (SFT)

-Ialah Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Datadan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannyadisimpan di dalam kabinet-kabinet khas. 


-Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna.


-Kaedah penyimpanan di mana data disimpan dalam fail yang berasingan dan disimpan dalam disket dan segala aplikasi perlu ditulis.


Kelemahan SFT


-Pemisahan data-setiap fail yang dibina tidak dihubungkan antara satu sama lain.Ini menyebabkan proses kemaskini data tidak dapat dilaksanakan serentak.


-Format fail yang berbeza-tidak boleh digabung atau dibanding dengan mudah. Cth: fail word dan excel.


-Data lewahan- fail yang mempunyai data yang sama disimpan dalam pelbagai tempat menyebabkan kesukaran mencari dan penggunaan storan yang banyak. 


Sistem Fail Tradisional... pening tak? hehehe

PERKHIDMATAN INTERNET


Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh internet ni?

Banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh didapati dari Internet dalam semua bidang (perniagaan, akademik, kerajaan, organisasi dsb), antaranya ialah:
1. Maklumat yang boleh diperolehi dengan lebih cepat dan murah dengan aplikasi:
  • Mel Elektronik ( e-mail )
  • World Wide Wide ( www )
  • NewsGroup
  • Multimedia
  • FTP
  • Gopher

2. Mengurangkan perbelanjaan kertas dan kos pengeluaran dan penyebaran, contoh:
  • Buku di Internet
  • Majalah, risalah dan sebagainya

3. Sebagai media untuk iklan/promosi, contoh:
  • Imej syarikat
  • Pengenalan, dan pemesanan produk

4. Komunikasi Interaktif
  • Multimedia
  • E-mail
  • Sidang Video (Videoconferencing)
  • Internet Relay Chat
  • Internet Phone

5. Sebagai alat Research and Development
6. Pertukaran data
berjumpa lagi di blog seterusnya...

Bouncing Star With Cool SunglassesBouncing Star With Cool Sunglasses
Free Orbit Hot Cursors at www.totallyfreecursors.com