Tuesday 28 October 2014

SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER

Sistem Rangkaian Komputer
    Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
BilSistem Rangkaian Komputer
Saiz Kawasan
Contoh
1.Local Area Network (LAN)Kawasan Kecil (10km)Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
2.Metropolitan Area Network (MAN)Kawasan lebih besar (10-50km)Bandar, negeri.
3Wide Area Network (WAN)Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)Seluruh dunia, negara, Internet

Rangkaian Setempat (Local Area Network)
Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:

  • Jenis LAN 
    • - Pengguna dan pelayan (Client-server)
    • - Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
  • Komponen-komponen LAN
  • Topologi LAN
  • Kesan dari LAN
A . Jenis-jenis LAN

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
    1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
  • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
  • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
  • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
  • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
  • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
    Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX
Kelebihan
Kelemahan
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
  • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
    2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.
Kelebihan
Kelemahan
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.

B. Komponen-komponen untuk LAN

1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D2. Stasen kerja (Workstation)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.
  • Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),

  • 10Base (RM 120)
  • Token Ring Card
  • LocalTalk Connector
4. Kabel
Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.
Bil
Jenis Kabel
Keserasian
Ethernet
Token Ring
Arcnet
FDDI
ICoaxialYaTidakYaTidak
IIShieled Twisted Pair (STP)YaYaYaTidak
IIIUnshieled Twisted Pair (UTP)TidakYaYaTidak
IVFiber OpticTidakYaYaYa
Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol


Bil
Jenis Kabel
Kecekapan
Kelajuan
Ketahanan
Harga
ICoaxialCepat Lebih BaikSedang
IIShieled Twisted Pair (STP)Lebih cepat BaikRendah
IIIUnshieled Twisted Pair (UTP)Dapat diterima Terpengaruh oleh interferen elektromagnetikTerendah
IVFiber Optic Paling lajuKebal terharap interferen elektromagnetik Tertinggi
Jadual Kecekapan Kabel

    Soket (Connector)
 
Jenis Kabel
Jenis Soket
ICoaxialBNC dan BNC T-Connector 
IIShieled Twisted Pair (STP)RJ-45 
IIIUnshieled Twisted Pair (UTP)RJ-45
IVFiber OpticST Connector, SC Connector

    Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)

5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
    Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
  • Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
  • Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
  • Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
  • Mengelola permintaan layanan printer.
  • Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
  • Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX6. Hab(Hub)
        Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways
    Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.8. Router
        Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
  • Menguruskan penghantaran isyarat dengan berkesan.
  • Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
  • Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
  • Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
9. Perisian aplikasi
    Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll.

No comments:

Post a Comment

Bouncing Star With Cool SunglassesBouncing Star With Cool Sunglasses
Free Orbit Hot Cursors at www.totallyfreecursors.com