Tuesday 28 October 2014

PENGENALAN KEPADA INTERNET



Konsep Internet
Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia. Dalam hal ini komputer yang dahulunya digunakan berasingan dapat berhubung terus dengan host-host atau komputer-komputer yang lain.
Defenisi yang lain adalah, Internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar dimana setiap penduduk memiliki alamat ( Internet address ) yang dapat untuk berkirim surat atau maklumat. Jika kita ingin mengelilingi dunia, di atas alam siber atau media telekomunikasi. Jalur lambatnya menggunakan talian telefon, dan jalur cepatnya menggunakan talian leased atau ISDN.
Oleh kerana sifatnya berupa ruang yang mirip dengan dunia kita seharian, maka internet boleh disebut dengan ruang siber ( cyber space)
Sejarah Internet
Sebelum Internet ada, ARPAnet (US Defense Advanced Research Projects Agency) atau Jabatan Pertahanan Amerika pada tahun 1969 membuat jaringan komputer yang tersebar di seluruh US untuk menghasilkan maklumat berpusat, yang apabila berlaku peperangan, maklumat mudah disebarkan. Jadi bila satu bahagian dari sambungan rangkaian terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Setelah itu
Internet digunakan oleh kalangan akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Setelah itu, pada awal tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial.
Ringkasan Sejarah Internet
1957 - Russia melancarkan satelit pertama mereka iaitu Sputnik yang membuatkan Amerika Syarikat rasa terancam
1960an- Pakar komputer menemui cara untuk membina sistem rangkaian.
1969 – ARPANET (DoD Advanced Research Project Agency) menyambungkan
UCLA, University of California di Santa Barbara, University of Utah, dan Stanford Research Institute.
1975 – Pentabdiran internet dipindahkan kepada Agensi Komunikasi Pertahanan U.S.
1979 – USENET mula disebarkan ke sistem perhubungan berita antarabangsa.
1981 – BITNET (Because It’s Time Network) mula menawarkan mel-elektronik dan ‘ list servers ’untuk sebaran maklumat. CSNET (Computer Science Network) menawarkan servis ‘dial-up’ untuk e-mail. Perkhidmatan internet menggunakan komputer pc diperkenalkan.
1982 – TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) menjadi piawai komunikasi rangkaian pada ARPANET.
1983 – MILNET dan DDN (Defense Data Network) diasingkan dari ARPANET.
1984 – Sistem Domain Name Server (DNS) diperkenalkan.
1986 – Cleveland FreeNet memulakan operasi.
1987 – Agensi Sains Kebangsaan US (NSF) menandatangi perjanjian lima tahun ($14 juta ), dengan IBM, MCI, dan Michigan Educational Research Information Triad untuk menguruskan rangkaian.
1988 – Robert Morris, Jr. melepaskan “worm” ke Internet.
1990 – CERN ( European Particle Physics Laboratory di Switzerland) memperkembangkan World Wide Web.
1991 – NSF memperkenalkan undang-undang siber penggunaan internet untuk tujuan komersial. DoDDS mula menggunakan CC:Mail.
1994 – Digital video dan audio mula diperkenalkankan melalui Internet.

No comments:

Post a Comment

Bouncing Star With Cool SunglassesBouncing Star With Cool Sunglasses
Free Orbit Hot Cursors at www.totallyfreecursors.com